kisah nurin
malaysia dikejutkan dengan berita yang DNA mayat kanak2 yang dijumpai minggu lepas adalah sama dengan DNA Nurin.tp bagi ibu bapa Nurin, tetap menafikan yang tuh adalah mayat anak perempuan mereka.
haih.sedeh hati bila dengar berita cmneh.pilu hati mendengar kanak2 menjadi mangsa keganasan penjenayah bengong yang di luar tabii neh.kejam sungguh hati manusia, terutamanya org dewasa yang sanggup wat cm tuh kat kanak2 yang tak berdosa seperti Nurin tuh.wponx, berita ada ura2 menyatakan famili nurin menyembunyikan fakta seperti mungkin kematian nurin ada kena mengena dengan kegiatan ALONG. walau apa ponx sebabnya, jgn la disebabkan kesalahan si ayah atau ibu itu sendiri, anak mereka menjadi mangsanya.
sebagai ibu bapa mangsa, memang la menafikan mayat itu adalah mayat anak mereka.tp ibu Nurin teta redha jika itu mayat anaknya.Ibu bapa mana yang tak berada dalam keadaan mcm tuh "in denial", menafikan keadaan kerana kenyataan itu terlalu pedih dan perit utk ditelan.
namun begitu, usaha pihak berkuasa untk melakukan ujian DNA kali ke 2 bersama ujian DNA kakak Nurin patut dilakukan untuk mengurangkan keadaan yng semakin keruh ni. walau bagaimana pahit dan teruk skali dugaan yg melanda, kita umat Islam yg masih lagi mempunyai iman seharusnya pasrah dan redha dengan qada dan qadar Allah tetapkan.sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..sama2 lah kita berdoa penjenayah yang bersalah akan dikenakan hukuman yng setimpal dengan perbuatannya..kalau tidak di dunia, di akhirat pasti takkan terlepas dengan azab Allah..
p/s: sensitif sungguh isu neh since still ade adik + kezen2 yg sebaya n umor Nurin..mintak2 dijauhkan segala kejahatan untuk kanak2 seperti mereka ini..Amin..