these things i'll never say
a gurl who never lucky in her life..in anything..

di saat itu..

By sarahtebuan
Di saat aku tgh bergayut bersama temanku di suatu pagi sabtu, sambil ditemani oleh si shitam, kedengaran bunyi kilat dan guruh di luar sana memberi petanda menyuruh ku berhenti.Tetapi kutetap tidak mempedulikannya.
Tiba-tiba..
Shitam bangun sambil berbunyi dan berjalan dengan gelisah sekali.Tidak pernah sekali dia berkelakuan demikian.Jam menunjukkan hampir 3 pagi.Apakah yang cuba ditunjukkan dan diperkatakn shitam kepadaku??Sesungguhnya ku tidak mengerti..
Aku bersama teman masih lagi membincangkn isu semasa kami.Shitam senyap sudah, membuatkan ku lagi rancak berborak bersama teman.
Tiba-tiba kulihat shitam sedang membersihkan dirinya sendiri.Pada masa yang sama segenap bilik ku berbau tidak 'enak' sekali..Ku cari segenap pelosok bilikku, setiap sudut yang tersorok.Kelihatan anugerah setompok di bawah meja tulisku.
Uwaaaa...bengongnya shitam sangat tak bes anugerah yg diberikan kepadaku itu..Terpaksa aku bersihkan sendiri anugerah tu disebabkan semua org telah dilena diulit mimpi.Mau tak mau kuterpaksa..Sesungguhnya ku telah dianiayai..
Sebagai denda, shitam tak dapat tidur bersamaku malam itu.Ku tak sanggup.Keesokan harinya, shitam tidak begitu manja bersamaku.Tahu agaknya dirinya bersalah.Tapi malamnya dia dah wat muka kesian, lemah dan cair hatiku melihatnya**haih**
p/s:silalah faham dan mementingkan apa mesej yang cuba disampaikan oleh kucing anda.
 

0 comments so far.

Something to say?