10082006
tarikh keramat yg tak akan pernah aku lupakan sampai bila2.tarikh neh aku khilangan seorang ayah yg sangat rapat dgnku.ayah yg sanggup dtg dan amik aku dari utp.ayah yg aku sms mintak duit stiap kali skolarku dah abis tak cukup duit.ayah dan aku salu berkongsi lawak dan crita bersama.ya, aku anak ayah.
skang ayah dah tadek.mak,aku dan adik2.tok tak terkecuali.inilah tanggungjawabku,anak sulung.
rini, batu nisan ayah n wan dah siap dan dipacakkan ptg tadi selepas asar.batu nisan ayah batu sungai.bukan batu biasa yg diukir cantik warna putih.batu sungai janda baik yg ditebuk tgh utk diletakkan nama ayah unik.tak pernah nmpk batu nisan mcm tuh.ya,ayah memang unik.sangat unik.
tadi yg ada cme mak,aku,adik2,angah n tok njang.izzat tak balik lagi.mmg tak tahu agaknya apa yg berlaku kat umah skang.asu tak jadik balik.plan asal spttnya sampai tgh hari jumat.tp smlm call cakap org umah tak sihat. pas pacakkan batu nisan,tok njang watkan tahlil sket utk arwah ayah n wan.
sblom pacakkan batu nisan, kitorg bacakan yasin hadiahkan utk ayah n wan.tiba2 rasa sebak.kudengar kak teh baca ponx menahan sebak.lagi sebak bila ku tengok mak yg baru pertama kali ziarah ayah selepas iddah.sebak lagi hatiku bile tringat cerita di sebalik kematian ayah.
satu hari di rumah mak ngah,"izzat anak mak.mak jer bleh cakap pa pe utk dia.kakak anak ayah.tetapi ayah dah tadak.kakak dah tadak sapa dah, mak ngah.."